標籤:

試譯馬來西亞中一歷史課本第三章「東南亞早期王國」(1)

Bab 3: Kerajaan Awal di Asia Tenggara

第三章:東南亞早期王國

Kerajaan Agraria

農業王國

Kerajaan agraria merupakan sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian. Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman.

農業王國是以農業為經濟主導的王國。農業王國位於土地肥沃的地區、河流盆地和內陸地區。

Masyarakat agraria menjalankan kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan. Kemudian, mereka menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Hasil utama kegiatan pertanian ialah ubi taro, padi huma, dan padi sawah.

農業社會(剛開始時)進行狩獵、採集林產和捕魚活動。隨後他們進行農作和畜牧活動。主要農產品為芋頭、旱稻和水稻。

Masyarakat agraria membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Pemerintah kerajaan agraria memainkan peranan penting dalam membina empangan dan terusan serta bertanggungjawab menguruskannya. Kegigihan masyarakat agraria akhirnya berjaya membentuk kerajaan yang masyhur.

農業社會建造水壩和水渠以進行農作和畜牧活動。農業王國的執政者對建造水壩和水渠負有重要的責任,並有責任管理它們。農業社會的堅強(性格)最終成功建立了繁榮的王國。

1. Kerajaan Angkor

吳哥王國

Diasaskan pada abad ketujuh Masihi.

建立於公元七世紀。

Pusat kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong.

王國中心位於湄公河上游地區。

Kawasan pertanian utamanya di sekitar tasik Tonle Sap.

主要農業區位於洞里薩湖周邊。

Membina baray untuk kemudahan sistem pertaniannya.

建造「巴萊」(高棉語「水池」)作農業設施。

Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap sebagai Devaraja.

執政系統以國王為中心,他擁有絕對權力,被視為「提婆羅闍」(梵語「神王」)。

Raja dibantu oleh kerabatnya untuk menjalankan tugas pentadbiran.

王室幫助國王管理國家。

Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suryavarman II.

闍耶跋摩二世在位時達到鼎盛期。

Menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utama.

印度-佛教是主要宗教。

Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha.

吳哥窟是印度-佛教王國存在的證據。

2. Kerajaan Funan

扶南王國

Diasaskan pada abad pertama Masihi.

建立於公元一世紀。

Merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara.

是東南亞最早的王國。

Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura.

王國中心位於「毗耶陀補羅」(梵語「獵人城」)。

Empangan, saliran, dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi.

建造水壩、水渠和水塘來灌溉農業地區,特別是稻田。

Bekalan air diperoleh daripada Sungai Mekong dan kawasan persisiran pantai.

從湄公河和海濱地區獲取水供。

Raja pertamanya ialah Kaundinya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam.

第一位國王為憍陳如(《梁書》作「混填」、《晉書》作「混湏」),使用稱號「kurung bnam」(高棉語「山王」)。

Fan Shih-man merupakan seorang jeneral yang agung.

范師蔓(《南齊書》作「范師蔓」、《梁書》作「范蔓」)是位偉大的將軍。

Pelabuhan utamanya ialah Oc-Eo.

主要港口為「奧埃奧」。

Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan.

湄公河是貿易交流的途徑。

Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam mengembangkan bidang pertanian serta kemahiran pembinaan empangan dan saliran telah berjaya memajukan kedua-dua buah kerajaan tersebut. Keadaan ini membuktikan bidang pertanian boleh menyumbang pada kemajuan negara sekiranya bidang tersebut dimajukan secara besar-besaran.

執政者和人民在農業發展上的合作,以及建造水壩和水渠的技能,成功地發展了以上兩個王國。這證明了如果大規模地發展農業,農業將能為國家繁榮作出貢獻。

Kurung Bnam

Bermaksud raja-raja gunung. Istilah bnam bererti gunung. Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja.

Kurung Bnam意為「山王」,bnam意為「山」,此山是象徵王權的聖山。

Baray

Ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu air. Air dari kolam ini disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah. Pembinaan baray membolehkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak.

巴萊,是一座人工建造的大水庫,能收容3000萬立方米的水。水庫里的水能灌溉1250萬英畝的稻田。巴萊的建造使吳哥王國獲得大量的農業收成。

未完待續。


推薦閱讀:

歷史上真有殺盡胡人的殺胡令嗎?誰頒布的?為什麼要下這個法令?
褒獎熱誠的傳統(獎章篇)
陸貞傳奇——奇葩中的航空母艦
如何封建地看月食
野『性』魅力孟買貓Bombay的起源 ,今生前世!

TAG:東南亞 | 歷史 |